Skip to content

Seksyen 4

Permohonan untuk menduduki peperiksaan

of Peraturan-Peraturan Perubatan (Menetapkan Peperiksaan bagi Pendaftaran Sementara) 2015

P.U. (A)In forceProvision 4 of 9
Seksyen 4

(1)

Suatu permohonan bagi menduduki peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada Majlis dalam dua salinan Borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual bersama dengan fi sebanyak seribu ringgit.

(2)

Majlis hendaklah memutuskan kelayakan mana-mana calon yang memohon untuk menduduki peperiksaan itu.

P.U. (A) 54 4

(3)

Jika Majlis memutuskan yang calon itu layak untuk menduduki peperiksaan itu, Majlis hendaklah merujuk calon itu kepada badan pemeriksa.