Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 23
peraturan yang berikut:
P.U. (A) 198 5
“Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Pakar Perubatan 23A. (1)
Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan
Pakar Perubatan yang keanggotaan, kaedah-kaedah dan tatacaranya hendaklah ditentukan oleh Majlis.
(2)
Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Pakar Perubatan hendaklah mempunyai fungsi bagi membuat syor kepada Majlis seperti yang berikut:
(a)
suatu permohonan pendaftaran pengamal perubatan berdaftar penuh di bawah seksyen 14C atau 14D Akta; dan
(b)
bagi maksud subseksyen 14B(2) Akta, jika pengamal perubatan berdaftar penuh itu tidak memenuhi kehendak dalam perenggan 14B(1)(b) atau (c) Akta, seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran sebagai seorang Pakar di bawah seksyen 14C Akta berdasarkan kelulusan kepakaran setanding atau latihan kepakaran setanding pengamal perubatan berdaftar penuh itu.”.
Pindaan peraturan 24