Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PINDAAN) 2024
Seksyen 3
Penggantian Jadual Keempat
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Keempat dengan jadual yang berikut:
P.U. (A) 68 3
“JADUAL KEEMPAT
[Perenggan 2(2)(c) dan 4(2)(b) dan Subperenggan 4(4)(c)(ii)]
PENGALAMAN YANG DIKEHENDAKI
Bidang amalan diiktiraf
Subbidang/
sublapangan
Pengalaman yang dikehendaki perubatan tradisional
Melayu semua subbidang
(a)
mengamal perubatan tradisional Melayu selama tempoh 10 tahun atau lebih yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh Majlis; atau
(b)
mengamal perubatan tradisional Melayu selama tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun dan sehingga 10 tahun yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh Majlis dan—
(i)
mempunyai
Sijil
Kemahiran
Malaysia (Tahap 3) yang berkaitan dengan amalan perubatan tradisional Melayu; atau
(ii)
mendapat apa-apa pengiktirafan pencapaian terdahulu daripada
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian
Sumber
Manusia,
Malaysia yang setaraf dengan Sijil
Kemahiran Malaysia (Tahap 3) dan yang berkaitan dengan amalan perubatan tradisional Melayu
P.U. (A) 68 4
Bidang amalan diiktiraf
Subbidang/
sublapangan
Pengalaman yang dikehendaki perubatan tradisional
Cina semua subbidang mengamal perubatan tradisional Cina selama tempoh 10 tahun atau lebih yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh
Majlis perubatan tradisional
India sublapangan
Ayurveda dan
Siddha sahaja
(a)
mengamal perubatan tradisional India selama tempoh 10 tahun atau lebih yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh Majlis; atau
(b)
mengamal perubatan tradisional India selama tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun dan sehingga 10 tahun yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh Majlis dan—
(i)
mempunyai
Sijil
Kemahiran
Malaysia (Tahap 3) yang berkaitan dengan amalan perubatan tradisional India; atau
(ii)
mendapat apa-apa pengiktirafan pencapaian terdahulu daripada
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian
Sumber
Manusia,
Malaysia yang setaraf dengan Sijil
Kemahiran Malaysia (Tahap 3) dan yang berkaitan dengan amalan perubatan tradisional India
P.U. (A) 68 5
Bidang amalan diiktiraf
Subbidang/
sublapangan
Pengalaman yang dikehendaki homeopati
(a)
mengamal homeopati selama tempoh 5 tahun atau lebih yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh
Majlis;
(b)
tempoh mengamal homeopati hendaklah dikira daripada tarikh pemohon memulakan amalan hingga 1 Ogos 2016
pengubatan
Islam
(a)
memenuhi kehendak saringan i-Syifa’
sebagaimana yang diluluskan oleh
Majlis; atau
(b)
mengamal amalan pengubatan Islam selama tempoh 5 tahun atau lebih yang diperaku oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh Majlis
”.
Dibuat 23 Februari 2024
[KKM.S.600-1/3/357 Bil. 5; PN(PU2)734/JLD. 2]
DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 68 6
TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE ACT 2016
TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE (AMENDMENT) REGULATIONS 2024