Malaysia legislation
Section 5A
of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PINDAAN) 2025
Seksyen 5A
“Permohonan untuk pindaan butir-butir dalam perakuan pengamalan sementara
(1)
Mana-mana pemegang suatu perakuan pengamalan sementara boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Majlis dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis untuk meminda apa-apa butir dalam perakuan pengamalan sementara itu dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan pembayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Majlis hendaklah, selepas permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) diluluskan, mengeluarkan suatu perakuan pengamalan sementara yang baharu dalam Borang H Jadual Pertama dan membatalkan perakuan pengamalan sementara terdahulu yang dikeluarkan di bawah subperaturan 5(3).”.
Peraturan baharu 6A