Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023

Seksyen 10

(1)

Jika seseorang yang boleh dikenakan cukai telah, bagi maksud menjalankan operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan,

P.U. (A) 264 5

melakukan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 27 dan 35 Jadual Kedua kepada Akta, perbelanjaan modal yang layak berhubung dengan suatu aset, hendaklah diberi kepadanya elaun bagi operasi petroleum itu di bawah Jadual Kedua kepada Akta.

(2)

Jika seseorang yang boleh dikenakan cukai melakukan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 27 dan 35 Jadual Kedua kepada Akta, perbelanjaan modal yang layak ke atas suatu aset yang digunakan untuk operasi petroleum berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan aset itu juga digunakan bagi projek yang bukan merupakan projek yang layak, maka elaun yang kena dibuat di bawah Jadual Kedua kepada Akta atas aset itu hendaklah diumpukkan berdasarkan pendapatan kasar bagi setiap projek.

(3)

Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan larasan bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pelaksanaan tidak dapat dibuat atau tidak dapat dibuat sepenuhnya ke atas elaun yang orang yang boleh dikenakan cukai itu berhak di bawah subperaturan (1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak elaun yang tidak dapat diberikan hendaklah diberikan pada tahun pertama berikutnya bagi tempoh asas itu yang terdapat pendapatan larasan daripada operasi petroleum berkenaan dengan projek yang layak itu, dan tahun-tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan elaun yang seseorang yang boleh dikenakan cukai itu berhak diberikan.

(4)

Perenggan 49 Jadual Kedua kepada Akta hendaklah terpakai bagi pelupusan perbelanjaan modal yang layak berhubung dengan suatu aset yang disebut dalam subperaturan (1) yang dimiliki oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu bagi tempoh kurang dari dua tahun.

Pendapatan berkanun

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023