Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023
Seksyen 11
Pendapatan berkanun bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai bagi suatu tahun taksiran daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek
P.U. (A) 264 6
yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terdiri daripada amaun bagi pendapatan larasannya daripada operasi petroleum itu bagi tempoh asas bagi tahun itu dan ditolak dengan amaun bagi mana-mana elaun atau amaun agregat bagi elaun yang kena dibuat bagi tahun itu di bawah peraturan 10 daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan projek yang layak.