Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023

Seksyen 13

(1)

Pendapatan boleh taksir bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleum berkenaan dengan suatu projek yang layak bagi suatu tahun taksiran (selepas ini disebut sebagai “tahun berkaitan”) hendaklah terdiri daripada amaun pendapatan berkanun bagi orang yang boleh dikenakan cukai itu berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tahun berkaitan daripada operasi petroleum itu ditolak dengan—

(a)

amaun bagi apa-apa kerugian larasan bagi tempoh asas dari tahun taksiran sebelum tahun taksiran berkaitan; kemudian

(b)

amaun apa-apa elaun pelaburan atau amaun agregat elaun pelaburan;

yang belum dipotong daripada pendapatan berkanunnya di bawah peraturan 9 dan 12.

(2)

Suatu potongan bagi apa-apa kerugian larasan di bawah subperaturan (1)

hendaklah dibuat sedapat mungkin daripada pendapatan berkanun orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak bagi tahun taksiran pertama selepas tempoh asas yang mana kerugian itu ialah kerugian larasan, dan, sekiranya ia tidak dapat dibuat, maka daripada pendapatan berkanun daripada operasi petroleum itu bagi tahun taksiran selepasnya, dan selanjutnya.

(3)

Pendapatan boleh taksir yang ditentukan di bawah subperaturan (1)

hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada pendapatan boleh dikenakan cukai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai bagi suatu tahun taksiran bagi maksud seksyen 22 Akta.

Pelupusan

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023