Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023
Seksyen 9
(1)
Apabila berlaku kekurangan pendapatan kasar bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, sepatutnya terdapat suatu amaun pendapatan larasan bagi orang yang boleh dikenakan cukai itu bagi tempoh itu, amaun yang jumlah bagi semua potongan itu adalah seperti yang sepatutnya dibenarkan di bawah Bab 3 Bahagian III Akta dalam menentukan pendapatan larasan itu melebihi pendapatan kasarnya bagi tempoh itu daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak hendaklah diambil kira sebagai amaun bagi kerugian larasannya bagi tempoh itu daripada operasi petroleum itu.
(2)
Kerugian larasan yang ditentukan di bawah subperaturan (1) hendaklah hanya dibenarkan sebagai suatu potongan terhadap pendapatan berkanun bagi orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan projek yang layak itu yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Elaun modal