Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN BAGI PETRONAS) 2021

Seksyen 6

(1)

Pemilikan projek

Terminal

Minyak dan

Gas

Sabah dan projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak yang disebut dalam subperaturan 5(2), tidak boleh dilupuskan, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya, dengan apa jua cara sama ada dijual, dipindah hak, dipindah milik, diserah hak atau diberi milik dengan atau

P.U. (A) 336 4

tanpa balasan tunai atau bukan tunai, kecuali apa-apa pelupusan yang disebabkan oleh pembaikan dan penyelenggaraan, atau apa-apa pelupusan menurut apa-apa arahan, keputusan atau polisi Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, oleh

PETRONAS dalam tempoh yang layak.

(2)

Jika projek aset infrastruktur yang layak atau salah satu daripadanya dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh yang layak, apa-apa elaun pelaburan yang diberikan di bawah subperaturan 5(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada PETRONAS sebagaimana yang ia berhak.

(3)

Apa-apa elaun yang disifatkan tidak diberikan di bawah subperaturan (2)

hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar PETRONAS dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang projek itu dilupuskan.

Ketidakcukupan pendapatan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN BAGI PETRONAS) 2021