Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) (PINDAAN) 2014

Seksyen 6

Penggantian peraturan 15

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 15 dengan peraturan yang berikut:

“Ketidakpakaian 15.

Peraturan-Peraturan ini tidaklah terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(a)

jika orang yang boleh dikenakan cukai itu—

(i)

menjalankan operasi petroleum di dalam

Kawasan

Pembangunan Bersama; atau

(ii)

menjalankan operasi petroleum di dalam suatu kawasan di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh

Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar

Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama di dalam kawasan pertindihan; atau

(b)

berhubung dengan suatu medan jika orang yang boleh dikenakan cukai itu telah diberikan—

(i)

elaun di bawah

Kaedah-Kaedah

Petroleum

(Cukai

Pendapatan)

(Elaun

Modal

Dipercepatkan)

(Medan Marginal) 2013 [P.U. (A) 119/2013]; atau

P.U. (A) 69 4

(ii)

pengecualian di bawah

Perintah

Petroleum

(Cukai

Pendapatan)

(Pengecualian)

2013

[P.U. (A) 122/2013], yang berhubungan dengan medan itu.”.

Dibuat 6 Mac 2014

[Perb. CR(8.09)681/2-61 (Sj. 19) Jld. 3 (Sk. 6); LHDN.01/35/(S)/42/51 Klt. 17;

PN(PU2)474/II]

TAN SRI DR. MOHD SHUKOR BIN MAHFAR

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

P.U. (A) 69 5

PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967

PETROLEUM (INCOME TAX) (INVESTMENT ALLOWANCE) (AMENDMENT)

REGULATIONS 2014