Skip to content

Seksyen 3

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

of Peraturan-Peraturan Petroleum (Cukai Pendapatan) (Kerugian Larasan Daripada Aktiviti Penyahtauliahan Medan Minyak atau Gas) (Kontrak Perkongsian Pengeluaran Late-Life Assets) 2022

P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3

“aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas” ertinya aktiviti penyingkiran, peninggalan dan pengabaian fasiliti petroleum yang tidak digunakan atau tidak lagi diperlukan untuk operasi petroleum seperti yang diluluskan oleh

Petroliam Nasional Berhad, dengan mengambil kira piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh organisasi yang kompeten dan diterima umum;

P.U. (A) 303 3

“kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas”

ertinya apa-apa amaun kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 19 Akta;

“medan minyak atau gas brownfield” ertinya suatu medan minyak atau gas yang pernah dibangunkan dan telah mencapai tahap puncak kadar pengeluaran minyak atau gas.