Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pendapatan boleh taksir
(1)
Dalam menentukan pendapatan boleh taksir orang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya berhubung dengan kontrak perkongsian pengeluaran Late-Life Assets dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan kepada orang yang boleh dikenakan cukai itu atas apa-apa amaun kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas yang disebut dalam subperaturan itu hendaklah dibenarkan sebagai potongan seperti berikut:
(a)
pertama, dalam menentukan pendapatan boleh taksir orang itu bagi suatu tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran yang kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas itu ditentukan di bawah seksyen 19 Akta; dan
P.U. (A) 303 4
(b)
kedua, apa-apa baki kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas selepas potongan di bawah perenggan (a) hendaklah digunakan sebagai potongan dalam menentukan pendapatan boleh taksir orang itu bagi tahun taksiran kedua sebaik sebelum tahun taksiran yang kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas itu ditentukan.
(3)
Apa-apa amaun kerugian larasan daripada aktiviti penyahtauliahan medan minyak atau gas yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2) yang tidak digunakan bagi maksud subperaturan itu hendaklah diabaikan bagi maksud Akta.
Dibuat 26 September 2022
[MOF.TAX(S) 700-3/1/755; LHDN.AY.A.600-21/1/7 (29)-81; PN(PU2)474/IV]
DATUK DR. MOHD NIZOM BIN SAIRI
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
P.U. (A) 303 5
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (ADJUSTED LOSS FROM OIL OR GAS FIELD
DECOMMISSIONING ACTIVITY) (LATE-LIFE ASSETS PRODUCTION SHARING
CONTRACT) REGULATIONS 2022