Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013
Seksyen 10
Pendapatan boleh taksir
(1)
Pendapatan boleh taksir seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleum di suatu medan marginal bagi suatu tahun taksiran (dalam peraturan ini disebut sebagai “tahun berkaitan”) hendaklah terdiri daripada amaun pendapatan berkanunnya bagi tahun berkaitan daripada operasi petroleum itu di suatu medan marginal ditolak dengan amaun mana-mana kerugian larasan daripada operasi petroleum itu bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran sebelum tahun taksiran berkaitan yang belum dipotong daripada pendapatan berkanunnya daripada operasi petroleum itu bagi suatu tahun taksiran sebelum tahun berkaitan itu.
(2)
Suatu potongan bagi mana-mana kerugian larasan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat sedapat mungkin daripada pendapatan berkanun orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada operasi petroleumnya di suatu medan marginal bagi tahun taksiran pertama selepas tempoh asas yang kerugian itu adalah kerugian larasan, dan, sekiranya tidak dapat diberikan, hendaklah dibuat daripada
P.U. (A) 121 5
pendapatan berkanun daripada operasi petroleum itu bagi tahun taksiran selepasnya, dan seterusnya.
(3)
Pendapatan boleh taksir yang ditentukan di bawah subperaturan (1)
hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada pendapatan boleh cukai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai bagi suatu tahun taksiran bagi maksud seksyen 22 Akta.
Pendapatan yang boleh dikenakan cukai