Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013
Seksyen 7
Kerugian larasan
(1)
Dalam keadaan, apabila berlaku kekurangan pendapatan kasar bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada operasi petroleumnya di suatu medan marginal, sepatutnya terdapat amaun pendapatan larasan orang yang boleh dikenakan cukai itu bagi tempoh itu, amaun yang jumlah bagi potongan itu yang sepatutnya dibenarkan di bawah Bahagian III Bab 3 Akta dalam menentukan pendapatan larasan melebihi pendapatan kasarnya bagi tempoh itu daripada operasi petroleumnya di suatu medan marginal itu hendaklah diambil kira sebagai amaun bagi kerugian larasannya bagi tempoh itu daripada operasi petroleum itu.
(2)
Kerugian larasan yang ditentukan di bawah subperaturan (1) hendaklah hanya dibenarkan sebagai suatu potongan terhadap pendapatan berkanun orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada operasi petroleumnya di suatu medan marginal.
P.U. (A) 121 4
Pendapatan berkanun