Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013

Seksyen 9

Jika, oleh sebab ketiadaan atau kekurangan pendapatan larasan bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya di suatu medan marginal bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pelaksanaan tidak dapat dibuat atau tidak dapat dibuat sepenuhnya atas elaun yang ditentukan yang orang yang boleh dikenakan cukai itu berhak di bawah peraturan 8 bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada elaun itu yang tidak dapat diberikan hendaklah diberikan pada tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan larasan daripada operasi petroleum di suatu medan marginal, dan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan elaun sebagaimana yang ia berhak diberikan.

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013