Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL PETRONAS) 2014
Seksyen 10
Tertakluk kepada seksyen 22 Akta, pendapatan yang boleh dikenakan cukai
PETRONAS daripada operasi petroleum di dalam suatu medan marginal PETRONAS bagi suatu tahun taksiran hendaklah terdiri daripada jumlah pendapatan boleh taksirnya bagi tahun taksiran itu daripada operasi petroleum di dalam suatu medan marginal PETRONAS itu ditolak dengan suatu amaun bersamaan dengan apa-apa hadiah wang tunai atau kos sumbangan atau nilai sumbangan yang dibuat oleh PETRONAS dalam suatu tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A x C
B iaitu A ialah pendapatan kasar PETRONAS daripada suatu medan marginal PETRONAS;
B ialah jumlah pendapatan kasar PETRONAS daripada operasi petroleum; dan
C ialah hadiah wang tunai atau kos sumbangan atau nilai sumbangan yang dibuat oleh PETRONAS dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.