Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL PETRONAS) 2014
Seksyen 6
Kerugian larasan
(1)
Dalam keadaan jika tidak disebabkan berlakunya kekurangan pendapatan kasar bagi PETRONAS bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada operasi petroleumnya di dalam suatu medan marginal PETRONAS, sepatutnya terdapat amaun pendapatan larasan PETRONAS bagi tempoh itu, amaun bagi jumlah semua potongan yang sepatutnya dibenarkan di bawah Bab 3 Bahagian III Akta dalam menentukan pendapatan larasan yang melebihi pendapatan kasarnya bagi tempoh itu daripada operasi petroleumnya di dalam medan marginal PETRONAS itu hendaklah diambil kira sebagai amaun bagi kerugian larasannya bagi tempoh itu daripada operasi petroleum itu.
(2)
Kerugian larasan yang ditentukan di bawah subperaturan (1) hendaklah hanya dibenarkan sebagai suatu potongan terhadap pendapatan berkanun PETRONAS daripada operasi petroleumnya di dalam suatu medan marginal PETRONAS.
Pendapatan berkanun