Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL PETRONAS) 2014

Seksyen 8

Elaun modal yang tidak diserap

Jika, oleh sebab ketiadaan atau kekurangan pendapatan larasan bagi PETRONAS daripada operasi petroleumnya di dalam suatu medan marginal PETRONAS bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pelaksanaan tidak dapat dibuat atau tidak dapat dibuat sepenuhnya bagi elaun modal yang PETRONAS berhak di bawah Akta bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada elaun itu yang tidak dapat diberikan hendaklah diberikan pada tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan larasan daripada operasi petroleum di dalam suatu medan marginal PETRONAS, dan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan elaun yang PETRONAS berhak telah diberikan.

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL PETRONAS) 2014