Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Pendaftar hendaklah mencatatkan dalam Daftar berkenaan dengan setiap petunjuk geografi berdaftar perkara dan butir-butir yang berikut:
(a)
tarikh pemfailan permohonan bagi pendaftaran;
(b)
tarikh pendaftaran;
(c)
tarikh catatan petunjuk geografi dalam Daftar;
(d)
representasi petunjuk geografi itu;
(e)
nama dan alamat penyampaian tuan punya berdaftar;
(f)
nama dan alamat penerima pindahan atau mana-mana orang lain yang mempunyai kepentingan dalam petunjuk geografi berdaftar, jika ada;
(g)
nama dan alamat penyempaian ejen, jika ada;
13
(h)
alamat penyampaian tuan punya berdaftar, penerima pindahan atau mana-mana orang lain yang mempunyai kepentingan dalam petunjuk geografi berdaftar itu;
(i)
apa-apa syarat, pindaan, penafian, pengubahsuaian, sekatan atau pengehadan hak;
(j)
barang yang berkenaan dengannya petunjuk geografi itu didaftarkan;
(k)
jika petunjuk geografi itu didaftarkan dengan persetujuan tuan punya berdaftar cap dagangan atau petunjuk geografi terdahulu, fakta itu;
(l)
butir-butir mengenai perakuan kesahan yang diberikan oleh Mahkamah, jika ada;
(m)
nama dan alamat anggota persatuan pengeluar atau pengeluar yang berada di bawah kawalan pihak berkuasa yang berwibawa;
(n)
persempadanan kawasan geografi yang baginya petunjuk geografi itu terpakai;
(o)
kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang yang baginya petunjuk geografi itu didaftarkan dan apa-apa syarat yang di bawahnya petunjuk itu boleh digunakan; dan
(p)
syarat yang praktik bagi pendaftaran petunjuk geografi homonim, jika berkenaan.
14
Catatan dalam rekod Pendaftar mengenai butir-butir permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi 17.
Pendaftar hendaklah mencatatkan dalam rekod Pendaftar berkenaan dengan setiap permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi perkara dan butir-butir yang berikut:
(a)
tarikh pemfailan permohonan bagi pendaftaran;
(b)
representasi petunjuk geografi;
(c)
nama dan alamat pemohon;
(d)
alamat penyampaian pemohon;
(e)
nama dan alamat penyampaian ejen, jika ada;
(f)
apa-apa syarat, pindaan, penafian, pengubahsuaian, halangan atau pengehadan hak ke atas permohonan bagi pendaftaran, jika berkenaan;
(g)
barang yang berkenaan dengannya petunjuk geografi itu dimohon;
(h)
jika petunjuk geografi itu disetuju terima dengan persetujuan tuan punya berdaftar cap dagangan terdahulu atau petunjuk geografi terdahulu, fakta itu;
(i)
persempadanan kawasan geografi yang baginya suatu petunjuk geografi itu terpakai;
(j)
kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang yang baginya petunjuk geografi itu didaftarkan, dan apa-apa syarat yang petunjuk itu boleh digunakan;
(k)
syarat yang praktik bagi pendaftaran petunjuk geografi homonim, jika berkenaan; dan 15
(l)
apa-apa butir-butir lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Pendaftar dari semasa ke semasa.