Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(1)
Mana-mana tuan punya berdaftar boleh memfailkan suatu permintaan bagi apa-apa pembetulan Daftar di bawah perenggan 21(2)(a) atau (b) Akta dengan
Pendaftar bersama dengan pembayaran fi.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), permintaan yang dibuat oleh tuan punya berdaftar kepada Pendaftar hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan yang menyatakan jenis kepentingan pemohon, fakta yang menjadi asas permintaan pemohon dan relief yang diminta oleh pemohon.
17
(3)
Walau apa pun kehendak untuk membayar fi di bawah subseksyen 21(2)
Akta dan subperaturan (1), tiada fi akan dikenakan oleh Pendaftar bagi permintaan apa-apa perubahan alamat tuan punya berdaftar jika perubahan alamat itu disebabkan oleh suatu pihak berkuasa awam.
(4)
Bagi maksud suatu perubahan nama dan subperaturan (2), tuan punya berdaftar hendaklah memfailkan dokumen sokongan sehingga memuaskan hati
Pendaftar.
(5)
Sebagai tambahan kepada subperaturan (4), Pendaftar boleh, melalui suatu notis bertulis mengehendaki apa-apa dokumen sokongan lanjut dan tuan punya berdaftar hendaklah memfailkan dokumen itu dalam tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
Permintaan bagi pembatalan sukarela petunjuk geografi berdaftar