Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Mana-mana orang yang memfailkan apa-apa permohonan di Mahkamah yang berhubungan dengan permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi berdaftar termasuk suatu rayuan daripada permohonan itu, hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas menerima salinan termeterai permohonan daripada Mahkamah, menyampaikan salinan permohonan itu kepada Pendaftar bersama dengan butir-butir yang berikut:
(a)
nombor pendaftaran petunjuk geografi itu;
(b)
barang yang terkesan oleh permohonan itu;
(c)
nama tuan punya berdaftar petunjuk geografi itu yang menjadi subjek permohonan bagi pembatalan atau tindakan lain di bawah Akta;
(d)
nombor writ saman atau saman pemula;
(e)
tarikh pemfailan permohonan itu di Mahkamah;
(f)
Mahkamah yang membicarakan;
(g)
pihak kepada permohonan itu; dan
(h)
kausa tindakan permohonan itu.
19
Penyampaian perintah atau penghakiman Mahkamah kepada Pendaftar