Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(1)
Jika suatu perintah atau penghakiman dibuat oleh Mahkamah berikutan dengan pemfailan permohonan kepada Mahkamah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 23, orang yang kepadanya perintah atau penghakiman Mahkamah itu dibuat memihak kepadanya, atau jika terdapat lebih daripada seorang, mana-mana satu daripada orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, menyampaikan suatu salinan termeterai perintah atau penghakiman Mahkamah itu kepada Pendaftar.
(2)
Apabila perintah atau penghakiman Mahkamah itu diterima, jika suatu pembetulan Daftar diperlukan—
(a)
orang yang disebut dalam subperaturan
(1)
hendaklah memfailkan suatu permohonan, bersama dengan pembayaran fi, bagi pembetulan Daftar yang disokong dengan suatu salinan termeterai perintah atau penghakiman Mahkamah itu; dan
(b)
Daftar itu hendaklah dibetulkan oleh Pendaftar mengikut perintah atau penghakiman Mahkamah itu.