Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(1)
Mana-mana perkongsian atau pertubuhan perbadanan boleh memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkan sebagai ejen dengan memfailkan suatu permohonan bagi pendaftaran ejen di bawah seksyen 31 Akta.
(2)
Pendaftar hendaklah mendaftarkan suatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan sebagai ejen dan mencatatkan nama perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu dalam Daftar Ejen Petunjuk Geografi jika perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu terdiri daripada seorang atau lebih ejen berdaftar.
(3)
Apabila didaftarkan sebagai ejen, alamat perkongsian atau pertubuhan pendaftaran itu hendaklah menjadi alamat penyampaian bagi perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu.
Pembatalan pendaftaran ejen