Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 32

(1)

Jika seseorang yang diwakili oleh ejen berniat untuk menamatkan ejennya, bagi maksud penamatan seseorang ejen di bawah subseksyen 29(3) Akta, orang itu hendaklah memfailkan suatu notis untuk menamatkan pelantikan dan pemberian kuasa ejen itu dengan Pendaftar.

(2)

Jika seseorang ejen berniat untuk berhenti untuk bertindak bagi pihak orang yang dirujuk dalam subseksyen 29(2) Akta, bagi maksud penghentian untuk bertindak di bawah subseksyen 29(4) Akta, ejen itu hendaklah memfailkan notis untuk berhenti untuk bertindak bagi pihak orang itu dengan Pendaftar.

(3)

Apabila berpuas hati dengan permohonan yang difailkan di bawah subperaturan (1) atau (2), Pendaftar hendaklah merekodkan penamatan atau penghentian itu dengan sewajarnya.

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022