Malaysia legislation

Section 33

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 33

(1)

Bagi maksud subseksyen 88(3) Akta, apa-apa permintaan untuk menukar alamat penyampaian mana-mana pemohon, atau mana-mana orang yang membangkang pendaftaran suatu petunjuk geografi atau mana-mana orang yang terlibat dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar hendaklah dibuat kepada Pendaftar secepat yang dapat dilaksanakan apabila pertukaran alamat itu berlaku.

26

(2)

Pengeluaran apa-apa dokumen oleh Pendaftar kepada pemohon, atau orang yang membangkang pendaftaran suatu petunjuk geografi atau orang yang terlibat dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar sebelum permohonan untuk pertukaran alamat penyampaian difailkan dan dikuatkuasakan oleh Pendaftar, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan dan disampaikan kepada pemohon, orang yang membangkang pendaftaran suatu petunjuk geografi atau orang yang terlibat dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar.

Penentusahan Pendaftar

Section 33 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022