Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 4

(1)

Berhubung dengan penggunaan suatu petunjuk geografi di internet,

Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengambil kira peruntukan Akta dan Syor Bersama.

(2)

Dalam peraturan ini, “Syor Bersama” ertinya Syor Bersama Mengenai

Peruntukan Perlindungan bagi Cap, dan Hak Harta Perindustrian Lain berkenaan Tanda, di Internet yang diterima pakai pada Siri Mesyuarat yang Ketiga Puluh Enam bagi

Sidang Perhimpunan Ahli Negara-Negara Anggota Pertubuhan Harta Intelek Dunia pada 24 September hingga 3 Oktober 2001.

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022