Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Bagi maksud pemfailan suatu notis bangkangan di bawah subseksyen 16(1) Akta, mana-mana orang yang berkepentingan hendaklah, dalam tempoh dua bulan dari tarikh penyiaran penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi, memfailkan notis bangkangan terhadap permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi dengan Pendaftar.
(2)
Orang yang berkepentingan boleh memohon bagi suatu pelanjutan masa untuk melanjutkan tempoh pemfailan notis bangkangan di bawah subperaturan (1) bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan selepas habis tempoh bagi pemfailan notis bangkangan itu.
Pemfailan pernyataan balas