Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI (PINDAAN) 2013

Seksyen 6

Peraturan baru 29A, 29B, 29C, 29D, 29E, 29F dan 29G

peraturan yang berikut:

“Pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi 29A.

(1)

Permohonan bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi hendaklah dibuat oleh tuan punya berdaftar atau ejennya dalam Borang PG 17

berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh tidak kurang dari tiga bulan sebelum habisnya tempoh pendaftaran terakhir petunjuk geografi itu.

(2)

Jika orang yang memfailkan Borang PG 17 adalah selain tuan punya berdaftar atau ejen yang diberi kuasanya, orang itu hendaklah mencatatkan dalam borang itu nama dan alamatnya dan hendaklah melampirkan surat kuasa daripada tuan punya berdaftar yang memberinya kuasa untuk membaharui pendaftaran petunjuk geografi.

Peringatan pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi 29B.

(1)

Jika pada tarikh tidak kurang dari satu bulan dan tidak lebih dari dua bulan sebelum habisnya tempoh pendaftaran terakhir petunjuk geografi,

Borang PG 17 berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan belum diterima,

Pendaftar hendaklah memberitahu tuan punya berdaftar secara bertulis mengenai tempoh pendaftaran terakhir petunjuk geografi yang akan habis.

P.U. (A) 225 6

(2)

Apa-apa pemberitahuan itu boleh dibuat mengikut subperaturan 12(5).

Pembaharuan lewat pendaftaran petunjuk geografi 29C.

Jika dalam tempoh enam bulan dari habisnya tempoh pendaftaran terakhir suatu petunjuk geografi fi pembaharuan belum dibayar dan jika Borang

PG 18 difailkan berserta dengan bayaran fi pembaharuan lewat, Pendaftar hendaklah membaharui pendaftaran itu tanpa mengeluarkan petunjuk geografi itu daripada Daftar.

Pengeluaran petunjuk geografi 29D.

Pendaftar hendaklah, apabila habisnya tempoh pendaftaran terakhir suatu petunjuk geografi, mengeluarkan petunjuk geografi itu daripada Daftar jika fi pembaharuan lewat tidak dibayar selewat-lewatnya pada akhir tempoh enam bulan yang disebut dalam peraturan 29C.

Pemasukan semula petunjuk geografi 29E.

Pendaftar boleh, atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut, memasukkan semula petunjuk geografi yang telah dikeluarkan daripada Daftar dan membaharui pendaftarannya jika Borang PG 19 difailkan bersama Borang

PG 18 berserta dengan bayaran fi pembaharuan lewat dalam tempoh dua belas bulan dari habisnya tempoh pendaftaran terakhir petunjuk geografi itu.

Rekod pengeluaran petunjuk geografi 29F.

Jika suatu petunjuk geografi telah dikeluarkan daripada Daftar kerana fi pembaharuan atau fi pembaharuan lewat tidak dibayar, Pendaftar hendaklah mencatatkan dalam Daftar rekod tentang pengeluaran itu dan sebab pengeluaran itu dan hendaklah mengiklankan fakta pengeluaran itu dalam Warta.

P.U. (A) 225 7

Notis dan iklan pemasukan semula petunjuk geografi 29G.

Pendaftar hendaklah, selepas pemasukan semula suatu petunjuk geografi, memberitahu tuan punya berdaftar mengenai pemasukan semula itu dan mengiklankan pemasukan semula itu dalam Warta.”.

Pindaan Jadual Pertama

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI (PINDAAN) 2013