Malaysia legislation
Section 21A
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2012
Seksyen 21A
(1)
Pendaftar bagi setiap kawasan pendaftaran hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas tamat tempoh untuk membuat tuntutan atau bantahan tamat, memperakui daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran itu bagi mana-mana orang yang namanya tidak terlibat dengan apa-apa tuntutan atau bantahan bagi kawasan pendaftaran itu dalam Borang F dalam Jadual.
(2)
Pendaftar hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas pemerakuan itu, memberikan notis dalam Warta bahawa daftar pemilih tambahan itu, atau suatu salinan daftar itu, terbuka untuk diperiksa pada bila-bila waktu yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu di pejabat Pendaftar atau di mana-mana tempat di dalam kawasan pendaftaran yang dinyatakan dalam notis itu.
(3)
Notis di bawah subperaturan (2) boleh diberikan oleh
(a)
Ketua
Pendaftar berkenaan dengan daftar pemilih tambahan bagi lebih daripada satu kawasan pendaftaran;
atau
(b)
Pendaftar berkenaan dengan satu kawasan pendaftaran atau satu unit pendaftaran.
(4)
Daftar pemilih tambahan yang diperakui itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis di bawah subperaturan (2) disiarkan dalam
Warta dan, tertakluk kepada apa-apa perubahan dalam daftar pemilih tambahan itu, jika ada, daftar pemilih tambahan itu hendaklah terus berkuat kuasa
5
sehingga daftar pemilih tambahan itu digabungkan dengan daftar pemilih induk dan kemudiannya diperakui semula.”.
Pindaan peraturan 22