Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2012

Seksyen 22

(1)

Pendaftar bagi setiap kawasan pendaftaran hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas tuntutan atau bantahan diputuskan bagi mana-mana orang yang terlibat dengan tuntutan atau bantahan itu, memperakui daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran itu dalam Borang F dalam Jadual.

(2)

Pendaftar hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas pemerakuan itu, memberikan notis dalam Warta bahawa daftar pemilih tambahan itu, atau suatu salinan daftar itu, terbuka untuk diperiksa pada bila-bila waktu yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu di pejabat Pendaftar atau di mana-mana tempat di dalam kawasan pendaftaran yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Notis di bawah subperaturan (2) boleh diberikan oleh

(a)

Ketua

Pendaftar berkenaan dengan daftar pemilih tambahan bagi lebih daripada satu kawasan pendaftaran;

atau

(b)

Pendaftar berkenaan dengan satu kawasan pendaftaran atau satu unit pendaftaran.

(4)

Daftar pemilih tambahan yang diperakui itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis di bawah subperaturan (2) disiarkan dalam

6

Warta dan, tertakluk kepada apa-apa perubahan dalam daftar pemilih tambahan itu, jika ada, daftar pemilih tambahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga daftar pemilih tambahan itu digabungkan dengan daftar pemilih induk dan kemudiannya diperakui semula.”.

Dibuat 15 April 2012

[SPR(R)108; PN(PU2)178D/XLIV]

Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya

DATUK KAMARUDDIN BIN MOHAMED BARIA

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya

[Akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]

7

ELECTIONS ACT 1958

ELECTIONS (REGISTRATION OF ELECTORS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2012

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2012