Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2012
Seksyen 4
Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda
(a)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“
(2)
Tiap-tiap bantahan oleh orang yang disebut dalam subperaturan (1), kemudian daripada ini disebut “pembantah”, hendaklah dibuat dalam Borang C dalam Jadual dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar bagi kawasan pendaftarannya pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh yang daftar pemilih tambahan itu terbuka untuk diperiksa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan 13(5).”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“
(2A)
Dalam hal bantahan mengenai kemasukan nama seseorang penuntut ke dalam daftar pemilih tambahan, pembantah hendaklah menyerahkan
Borang
C kepada
Pendaftar bagi kawasan pendaftarannya pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh yang nama dan alamat penuntut itu dipamerkan untuk diperiksa seperti yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan 14(3).”; dan
(c)
dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “sepuluh”
dengan perkataan “dua puluh”.
4
Peraturan baru 21A