Malaysia legislation

Section 13A

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2021

Seksyen 13A

(2)

Pendaftar hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas pemerakuan itu, memberikan notis dalam Warta bahawa daftar pemilih tambahan itu, atau suatu salinan daftar itu, terbuka untuk diperiksa mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

(3)

Notis dibawah subperaturan (2) boleh diberikan oleh Pendaftar—

(a)

berkenaan dengan daftar pemilih tambahan bagi lebih daripada satu kawasan pendaftaran; atau

(b)

berkenaan dengan daftar pemilih tambahan bagi satu kawasan pendaftaran atau satu unit pendaftaran.

(4)

Daftar pemilih tambahan yang diperakui hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis di bawah subperaturan (2) disiarkan dalam

Warta dan, tertakluk kepada apa-apa perubahan dalam daftar pemilih tambahan itu, jika ada, daftar pemilih tambahan itu hendaklah berkuat kuasa

7

sehingga daftar pemilih tambahan itu digabungkan dengan daftar pemilih induk dan kemudiannya diperakui semula.”.

Penggantian peraturan 14 9.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 14 dengan peraturan yang berikut:

“Tuntutan yang berhubungan dengan daftar pemilih tambahan

Section 13A — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2021