Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2021
Seksyen 14
(2)
Mana-mana orang yang telah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan bagi mana-mana kawasan pendaftaran yang baginya dia berkelayakan untuk didaftarkan boleh mengemukakan suatu tuntutan kepada
Ketua Pendaftar atau mana-mana Pendaftar—
(a)
jika dia telah memohon bagi pemindahan pendaftarannya ke suatu tempat yang lain tetapi tidak didaftarkan sedemikian;
(b)
jika dia telah didaftarkan bagi suatu kawasan pendaftaran yang bukan kawasan pendaftaran yang berkenaan dengannya orang itu sepatutnya didaftarkan;
(c)
jika terdapat kesilapan atau peninggalan tentang butir-butir peribadinya dalam daftar pemilih tambahan itu; atau
(d)
jika dia mempunyai apa-apa sebab lain yang berhubungan dengan pendaftarannya dalam daftar pemilih tambahan untuk mengemukakan suatu tuntutan.
8
(3)
Tiap-tiap tuntutan oleh orang yang disebut dalam subperaturan (1)
atau (2), yang kemudian daripada ini disebut “penuntut”, hendaklah dibuat dalam Borang C dalam Jadual dan hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Pendaftar atau mana-mana Pendaftar dengan sendiri, melalui pos atau melalui cara elektronik.
(4)
Setelah menerima suatu tuntutan di bawah subperaturan (1)
atau (2), Ketua Pendaftar atau Pendaftar boleh, jika dia berpendapat bahawa butir-butir yang diberikan dalam tuntutan itu tidak mencukupi, meminta maklumat lanjut daripada penuntut.
(5)
Jika penuntut tidak memberikan maklumat lanjut dalam masa empat belas hari dari tarikh dia menerima permintaan di bawah subperaturan (4), tuntutan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan Ketua Pendaftar atau Pendaftar tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.
(6)
Jika Ketua Pendaftar atau Pendaftar berpendapat bahawa sesuatu tuntutan di bawah peraturan ini boleh dibenarkan, dia hendaklah—
(a)
berkenaan dengan tuntutan di bawah subperaturan (1), memasukkan nama penuntut itu ke dalam daftar pemilih tambahan itu; atau
(b)
berkenaan dengan tuntutan di bawah subperaturan (2), memasukkan nama penuntut itu ke dalam daftar pemilih tambahan yang berkenaan, membuat apa-apa pembetulan dalam daftar pemilih tambahan itu atau mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan perlu, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
9
Pindaan peraturan 15 10.
Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan dengan nota bahu yang berikut:
“Bantahan yang berhubungan dengan daftar pemilih tambahan”;
(b)
dengan menggantikan subperaturan
(1)
dengan subperaturan yang berikut:
“(1) Mana-mana orang yang namanya ada dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran yang baginya dia berkelayakan untuk didaftarkan boleh membantah kemasukan nama mana-mana pemilih lain, yang pendaftarannya dipindahkan ke kawasan pendaftaran berlainan menurut suatu permohonan di bawah subperaturan 12A(1), ke dalam daftar pemilih tambahan itu.”;
(c)
dalam subperaturan (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Borang C” dengan perkataan
“Borang D”;
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan pendaftarannya”
perkataan “dengan sendiri”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan
“subperaturan 13(5)”
dengan perkataan “subperaturan 13A(2)”;
(d)
dengan memotong subperaturan (2A);
(e)
dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan
“dua puluh orang” perkataan “bagi tiap-tiap daftar pemilih tambahan”;
10
(f)
dalam subperaturan (5), dengan menggantikan perkataan “tujuh hari”
dengan perkataan “empat belas hari”; dan
(g)
dalam subperaturan (8)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “serta-merta” dengan perkataan
“seberapa segera yang boleh”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Borang D” dengan perkataan
“Borang E”.
Penggantian peraturan 16 11.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 16 dengan peraturan yang berikut:
“Penolakan bantahan