Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2021

Seksyen 16

Jika Pendaftar berpendapat bahawa sesuatu bantahan tidak boleh dibenarkan kerana—

(a)

perkara itu telah diselesaikan oleh keputusan sesuatu mahkamah;

atau

(b)

butir-butir yang diberikan dalam sesuatu bantahan tidak mengehakkan pembantah untuk berjaya, dia boleh menghantar kepada pembantah itu suatu notis yang menyatakan pendapatnya dan alasan bagi pendapatnya itu dan bahawa dia bercadang untuk menolak bantahan itu melainkan jika pembantah itu memberikannya notis dalam masa tujuh hari dari tarikh notis yang mula-mula disebut itu bahawa dia menghendaki bantahan itu didengar dan, jika Pendaftar tidak menerima notis sedemikian dalam masa tersebut, dia boleh menolak bantahan itu.”.

11

Pindaan peraturan 17 12.

Peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dengan memotong perkataan “14,”;

(ii)

dengan memotong perkataan “tuntutan bagi atau”;

(iii)

dengan memotong perkataan “tuntutan atau”;

(iv)

dengan menggantikan perkataan “tujuh hari dalam Borang E”

dengan perkataan “empat belas hari dalam Borang F”; dan

(v)

dengan memotong perkataan “penuntut atau”;

(b)

dalam subperaturan (3)—

(i)

dengan menggantikan perenggan

(a)

dengan perenggan yang berikut:

“(a)

jika kelayakan orang itu tidak dibuktikan dengan memuaskan hati Pendaftar, hendaklah mengeluarkan nama orang itu daripada daftar pemilih tambahan itu;”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perenggan

(b)

dengan perenggan yang berikut:

“(b)

jika kelayakan orang itu dibuktikan sedemikian, hendaklah mengekalkan nama orang itu dalam daftar pemilih tambahan itu.”;

12

(c)

dengan menggantikan subperaturan

(4)

dengan subperaturan yang berikut:

“(4)

Jika semasa siasatan awam, pembantah itu tidak hadir atau hadir tetapi tidak memberikan apa-apa bukti prima facie yang disebut terdahulu, maka Pendaftar hendaklah mengekalkan nama orang yang mengenainya bantahan dibuat dalam daftar pemilih tambahan itu tanpa meminta orang itu untuk membuktikan kelayakannya.”;

(d)

dalam subperaturan (6), dengan menggantikan perkataan “Borang E”

dengan perkataan “Borang F”; dan

(e)

dalam subperaturan (7), dengan menggantikan perkataan “daripada, atau enggan memasukkan nama orang itu ke dalam, daftar pemilih tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan”

dengan perkataan

“daripada daftar pemilih tambahan itu”.

Pindaan peraturan 19 13.

Subperaturan 19(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Borang E” dengan perkataan “Borang F”.

Pindaan peraturan 20 14.

Peraturan 20 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dengan memotong perkataan “penuntut,”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan

“sesuatu tuntutan atau”

dengan perkataan “sesuatu”;

13

(b)

dengan menggantikan subperaturan

(2)

dengan subperaturan yang berikut:

“(2) Tiap-tiap rayuan sedemikian hendaklah dibuat dalam Borang G dalam Jadual dan diserahkan kepada Pegawai Pengadil dengan sendiri berserta fi sebanyak lima ringgit dalam masa sepuluh hari dari tarikh keputusan yang berkenaan dengannya rayuan itu dibuat.”;

(c)

dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan

“notis bertulis” perkataan “dalam Borang H dalam Jadual”; dan

(d)

dalam subperaturan (8)—

(i)

dengan memotong perkataan “tuntutan atau”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dimasukkan ke dalam atau dikekalkan dalam daftar pemilih tambahan itu dan juga nama-nama yang telah diputuskannya hendaklah ditinggalkan atau dikeluarkan daripada daftar pemilih tambahan” dengan perkataan “dikekalkan dalam atau dikeluarkan daripada, daftar pemilih tambahan itu”.

Pemotongan peraturan 21A

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) (PINDAAN) 2021