Skip to content

Seksyen 20

of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) (Pindaan) 2021

P.U. (A)In forceProvision 20 of 20

Seksyen 20

(1)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini, apa-apa permohonan bagi pendaftaran pemilih bagi suatu kawasan pendaftaran atau pemindahan pendaftaran oleh pemilih di bawah

Peraturan-Peraturan ibu yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini dan yang belum selesai di bawah Peraturan-Peraturan ibu hendaklah diuruskan di bawah

Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana yang dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini, apa-apa daftar pemilih tambahan yang belum selesai disemak dan diperaku di bawah

Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana yang dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.

(3)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini, apa-apa tuntutan, bantahan, rayuan atau siasatan yang dikemukakan, dibuat atau diadakan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini dan yang belum selesai di bawah Peraturan-Peraturan ibu hendaklah diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Peraturan-Peraturan ini.

Dibuat 29 November 2021

[PM(BK)R. XXX/X Jld. 22; PN(PU2)178D/JLD. 97]

Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya

DATUK IKMALRUDIN BIN ISHAK

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya

[Akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]

24

ELECTIONS ACT 1958

ELECTIONS (REGISTRATION OF ELECTORS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2021