Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) (PINDAAN) 2012

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003

[P.U.(A)

185/2003], yang disebut sebagai “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan ialah

(a)

seorang yang disebut dalam perenggan (c), (d), (e) dan

(f)

dalam takrif “pengundi tidak hadir”

dalam peraturan 2

Peraturan-Peraturan

Pilihan

Raya

(Pendaftaran Pemilih) 2002;

P.U. (A) 114 3

(b)

seorang yang disebut dalam perenggan 27A(1)(a) dan

(c)

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981 [P.U.(A) 386/1981] yang tidak dapat hadir mengundi pada hari mengundi awal;

(c)

seorang yang diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi awal atau hari mengundi;

(d)

seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik di bawah

Perkara 114 Perlembagaan

Persekutuan; atau

(e)

seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan sebagai pengundi pos oleh Suruhanjaya

Pilihan Raya dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta, adalah, apabila diterimanya suatu kertas undi pos, berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos pada sesuatu pilihan raya mengikut Peraturan-Peraturan ini.”; dan

(b)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Orang yang disebut dalam

(a)

perenggan (1)(b) yang tidak dapat hadir mengundi pada hari mengundi awal dan berniat untuk mengundi melalui pos; dan

P.U. (A) 114 4

(b)

perenggan (1)(c), (d) dan (e) yang berniat untuk mengundi melalui pos, hendaklah memohon untuk berbuat demikian dengan menggunakan Borang 1 dalam Jadual.”.

Pindaan Jadual

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) (PINDAAN) 2012