Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) (PINDAAN) 2024
Seksyen 5
Sebaik selepas mengundi, anda mestilah memasukkan kertas undi yang telah ditandakan itu ke dalam sampul kecil bertanda “A” dan menutupnya. Anda kemudiannya mestilah memasukkan sampul bertanda “A”, berserta dengan
Borang 2, ke dalam sampul besar bertanda “B” yang dialamatkan kepada pegawai pengurus dan menghantarnya kepada pegawai pengurus tanpa berlengah-lengah.
Kertas undi itu, supaya dapat dikira, mestilah diterima oleh pegawai pengurus tidak lewat daripada jam lima petang pada hari mengundi.