Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) 2012

Seksyen 4

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 19

peraturan yang berikut:

“Ketidakpatuhan cara mengundi 19A.

(1)

Jika ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya mendapati bahawa―

(a)

pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya supaya dapat dipastikan bahawa tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi itu mengikut subperaturan 19(3);

(b)

pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal mengikut subperaturan 19(4); atau

(c)

jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal tetapi nombor dan nama pengundi itu tidak ditandakan dalam daftar pemilih, ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah merekodkan keengganan pengundi itu atau hakikat bahawa jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal

7

dalam akuan yang diperuntukkan dalam Borang 10A dalam Jadual Pertama, dan hendaklah enggan mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu.

(2)

Jika ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya mendapati bahawa nombor dan nama pengundi dalam daftar pemilih telah ditandakan dengan tanda yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepada pengundi itu tetapi jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal, ketua tempat mengundi hendaklah enggan mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu; dan ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah merekodkan hakikat sedemikian dalam Borang 10A.

(3)

Ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah menandatangani akuan dalam Borang 10A di hadapan seorang saksi; dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.”.

Pindaan peraturan 31

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) 2012