Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) (No.2) 2012.
(2)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 30 April 2012.
Pindaan peraturan 2
/akn/my/act/pua/2012/113
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 113 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) (No.2) 2012.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 30 April 2012.
Pindaan peraturan 2
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
[P.U. (A) 386/1981], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan memasukkan selepas takrif
“pegawai pengurus” takrif yang berikut:
‘ “pengundi awal” ertinya mana-mana orang yang dikehendaki mengundi awal di bawah peraturan 27A;
“pengundi tidak hadir” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002 [P.U. (A) 293/2002];
“pengundian awal”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya suatu pengundian yang akan dijalankan pada suatu tarikh dan masa yang lebih awal daripada hari mengundi;’.
P.U. (A) 113 3
Pindaan peraturan 3
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “tujuh”
dengan perkataan “sebelas”;
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A) Bagi maksud pengundian awal, tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian awal akan dijalankan sekiranya pilihan raya itu dipertandingkan (yang disebut dalam
Peraturan-Peraturan ini sebagai “hari mengundi awal”)
hendaklah ditetapkan tidak kurang daripada tujuh hari selepas hari penamaan dan tidak kurang daripada tiga hari dari tarikh atau tarikh-tarikh hari mengundi yang disebut dalam subperaturan (1) dan tarikh atau tarikh-tarikh pengundian awal itu hendaklah dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan (1).”;
dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “dan suatu hari mengundi yang baru” dengan perkataan “, suatu hari mengundi awal yang baru dan hari mengundi yang baru, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan
dengan memasukkan selepas subperaturan 5 subperaturan yang berikut:
“(6)
Bagi maksud subperaturan (5), “tarikh baru bagi pengundian” ertinya hari mengundi awal yang baru atau hari mengundi yang baru, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
P.U. (A) 113 4
Pindaan peraturan 4
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda
dalam subperaturan (3), dengan memotong perkataan “Kertas penamaan itu hendaklah dikemukakan dalam tiga salinan.”;
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Pencadang dan penyokong mana-mana calon hendaklah merupakan pemilih berdaftar bagi bahagian pilihan raya yang baginya calon itu hendak dipilih.”;
dalam subperaturan (6B), dengan menggantikan perkataan
“mengikut perenggan (4)(c)” dengan perkataan “dalam kertas penamaan”; dan
dalam subperaturan (8), dengan memotong perkataan “, setiap set hendaklah terdiri daripada tiga salinan Borang 4 atau 4A dan satu salinan Borang 5 atau 5A, mengikut kehendak keadaan,”.
Pindaan peraturan 5
Subperaturan 5(3)
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b)
seseorang calon menarik balik pencalonannya sebelum pukul sepuluh pagi pada hari penamaan selepas suatu deposit dibayar di bawah subperaturan (1); atau”.
P.U. (A) 113 5
Pindaan peraturan 6
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “Tiga salinan tiap-tiap kertas” dengan perkataan “Kertas”;
dalam subperaturan (3), dengan memotong perkataan “sebelum pukul sepuluh pagi”; dan
Subperaturan 6A(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan satu orang lain, jika ada, yang dilantik oleh setiap calon,”.
Pindaan peraturan 7
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“ Penolakan kertas penamaan ”;
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Pegawai pengurus hendaklah menolak kertas penamaan oleh mana-mana calon bagi mana-mana bahagian pilihan raya atas semua atau mana-mana daripada alasan yang berikut:
bahawa kertas penamaan itu tidak mematuhi atau telah tidak diserahkan mengikut Peraturan-Peraturan ini;
P.U. (A) 113 6
bahawa ternyata daripada kandungan kertas penamaan itu, calon itu tidak boleh dipilih menjadi ahli
Dewan
Rakyat atau
Dewan
Undangan Negeri; atau
bahawa calon itu hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam hal pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau di bawah Perlembagaan Negeri yang berkenaan dalam hal pilihan raya bagi Dewan Undangan
Negeri.”;
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Keputusan dan alasan berhubung dengan mana-mana kertas penamaan yang ditolak di bawah subperaturan (1)
hendaklah dimaklumkan oleh pegawai pengurus kepada calon yang berkenaan atau pencadang atau penyokongnya yang dinamakan dalam kertas penamaan. Keputusan dan alasan keputusan itu hendaklah disimpan dalam rekod.”.
Pindaan peraturan 8
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 8
dengan peraturan yang berikut:
“Orang yang berhak hadir pada masa penamaan 8.
Tiada seorang pun selain pegawai pengurus, anggota atau pegawai
Suruhanjaya Pilihan Raya, calon, pencadang dan penyokongnya berhak hadir pada masa urusan yang dinyatakan dalam peraturan 6 dan 7,
P.U. (A) 113 7
kecuali atas permintaan dan bagi maksud membantu pegawai pengurus.”.
Pindaan peraturan 9
dengan peraturan yang berikut:
“Larangan menarik balik pencalonan 9.
Tiada seorang calon pun boleh menarik balik pencalonannya selepas pukul sepuluh pagi pada hari penamaan.”.
Pindaan peraturan 10
Peraturan 10 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong perkataan “, selepas diputuskan oleh pegawai pengurus apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat,”.
Pindaan peraturan 11
dalam subperaturan (1), dengan memotong perkataan “, selepas diputuskan oleh pegawai pengurus apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat,”;
dengan menggantikan perenggan 5(b) dengan perenggan yang berikut:
“(b)
tarikh hari mengundi awal dan hari mengundi;”;
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “hari mengundi” perkataan “awal atau
P.U. (A) 113 8
hari mengundi, mengikut mana-mana yang berkenaan,”;
dan
dalam teks bahasa
Inggeris, dengan menggantikan perkataan “the polling day” dengan perkataan “the advance polling day or the polling day, as the case may be,”; dan
dengan memotong subperaturan (7), (8), (9) dan (10).
Tajuk dan peraturan baru 27A, 27B dan 27C
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 27 tajuk dan peraturan yang berikut:
“PENGUNDIAN AWAL
Orang yang dikehendaki mengundi sebagai pengundi awal 27A.
Mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan ialah
seorang yang disebut dalam perenggan (a) dalam takrif “pengundi tidak hadir” dalam peraturan 2
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002;
seorang yang disebut dalam perenggan (b) dalam takrif “pengundi tidak hadir” dalam peraturan 2
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002;
seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang
P.U. (A) 113 9
bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan; atau
isteri atau suami kepada seorang pegawai polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am, hendaklah mengundi sebagai pengundi awal pada sesuatu pilihan raya mengikut tatacara pengundian yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini.
Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (c) yang tidak boleh mengundi pada hari mengundi awal boleh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya (Pengundian Pos) 2003.
Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (c) yang telah diluluskan permohonannya untuk mengundi sebagai pengundi pos mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 tidak berhak untuk mengundi pada hari mengundi awal.
Jagaan selamat peti undi 27B.
Peti undi yang mengandungi kertas undi awal setelah selesai urusan pengundian awal hendaklah disimpan dalam jagaan selamat pegawai pengurus bahagian pilihan raya yang dalamnya pilihan raya itu dipertandingkan atau mengikut apa-apa perkiraan yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya sehinggalah pengiraan undi pengundi awal pada hari mengundi.
Pengiraan undi pengundi awal 27C.
Semua peruntukan berhubung dengan pengiraan undi dalam
Peraturan-Peraturan ini kecuali peraturan 25C hendaklah terpakai bagi pengiraan undi pengundi awal.”.
P.U. (A) 113 10
Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda
(a)
dalam Borang 1
(i)
dalam bahagian
“WRIT
PILIHAN
RAYA
OLEH
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA”, dengan memasukkan selepas perkataan
“sekiranya sesuatu pilihan raya dipertandingkan ......................................” perkataan
“sebagai hari/hari-hari mengundi awal dan ......................................”; dan
(ii)
dalam bahagian “*PENYATA CALON YANG DIPILIH DALAM
PILIHAN RAYA YANG TIDAK DIPERTANDINGKAN”, dengan memotong perkataan “(atau calon lain atau semua calon lain telah menarik diri atau telah tidak lagi dinamakan untuk pemilihan)”;
(b)
dalam Borang 2
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “mana-mana Bahagian Pilihan Raya, maka” perkataan “hari/hari-hari mengundi awal ialah pada
........................................... dan”; dan
(ii)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “such Constituencies,” perkataan “the advance polling day/days shall be the ........................................... and the”;
(c)
dalam Borang 2A
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “dalam Bahagian Pilihan Raya, maka”
P.U. (A) 113 11
perkataan
“hari/hari-hari mengundi awal ialah pada
........................................... dan”; dan
(ii)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “this Constituency” perkataan “the advance polling day/days shall be the ........................................... and the”;
(d)
dalam Borang 3
(i)
dalam perenggan 2, dengan memotong perkataan “(yang hendaklah dibuat dalam tiga salinan)”;
(ii)
dalam perenggan 3, dengan menggantikan perkataan
“Setiap salinan kertas” dengan perkataan “Kertas”; dan
(iii)
dalam perenggan 5, dengan menggantikan perkataan
“pengundian akan dijalankan pada ..........................................”
dengan perkataan “maka hari/hari-hari mengundi awal ialah pada
..........................................
dan hari/hari-hari mengundi ialah pada ...........................................”;
(e)
dalam Borang 4 dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong perkataan “In Triplicate”;
(f)
dalam Borang 4A, dengan memotong perkataan “Dalam Tiga
Salinan”;
(g)
dengan memotong Borang 6 dan 6A; dan
(h)
dengan menggantikan Borang 8 dengan Borang yang berikut:
P.U. (A) 113 12
“PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
BORANG 8
[Subperaturan 11(5)]
NOTIS PILIHAN RAYA YANG DIPERTANDINGKAN
Bahagian Pilihan Raya …………………………………
NOTIS diberikan kepada pemilih Bahagian Pilihan Raya yang tersebut di atas bahawa suatu pengundian akan dijalankan bagi pilihan raya yang belum selesai bagi Bahagian Pilihan Raya tersebut dan bahawa pengundian itu akan dibuka pada tarikh yang ditunjukkan di bawah ini di pusat mengundi yang berikut yang terletak di beberapa tempat di dalam daerah mengundi bagi Bahagian Pilihan
Raya tersebut antara waktu yang dinyatakan bersetentangan dengan setiap pusat mengundi.
KEDUDUKAN PUSAT MENGUNDI
(PENGUNDIAN AWAL)
Daerah
Mengundi
Kedudukan
Pusat Mengundi
Nombor
Tempat
Mengundi
Tarikh
Waktu
Mengundi
P.U. (A) 113 13
KEDUDUKAN PUSAT MENGUNDI
Dan bahawa calon-calon dalam Bahagian Pilihan Raya tersebut adalah seperti yang berikut:
Calon*
Simbol
Pencadang
Penyokong dan semua orang dikehendaki mengambil perhatian mengenainya.
Bertarikh
..............................................................................
Pengarah Pilihan Raya Negeri ........
* Nama calon yang akan dicetak dalam kertas undi.”.
Daerah
Mengundi
Kedudukan
Pusat Mengundi
Nombor
Tempat
Mengundi
Tarikh
Waktu
Mengundi
P.U. (A) 113 14
Dibuat25 April 2012
[SPR(R)107; PN(PU2)178E]
Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya
DATUK KAMARUDDIN BIN MOHAMED BARIA
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya
[Akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]
P.U. (A) 113 15
ELECTIONS ACT 1958
ELECTIONS (CONDUCT OF ELECTIONS) (AMENDMENT) (NO.2)
REGULATIONS 2012
IN exercise of the powers conferred by section 16 of the Elections Act 1958
[Act 19], the Election Commission, with the approval of the Yang di-Pertuan
Agong, makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Elections (Conduct of
Elections) (Amendment) (No.2) Regulations 2012.
(2)
These Regulations come into operation on 30 April 2012.
Amendment of regulation 2 2.
The Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 [P.U. (A)
386/1981], which are referred to as the “principal Regulations” in these
Regulations, are amended in regulation 2 by inserting before the definition of
“appointed place” the following definitions:
‘ “absent voter” has the same meaning assigned to it in the Elections
(Registration of Electors) Regulations 2002 [P.U.(A) 293/2002];
“advance voter” means any person who is required to vote in advance under regulation 27A;
“advance voting”, in relation to an election, means a poll that will be taken on a date and time earlier than a polling day;’.
P.U. (A) 113 16
Amendment of regulation 3 3.
Regulation 3 of the principal Regulations is amended
(a)
in subregulation (1), by substituting for the word “seven” the word
“eleven”;
(b)
by inserting after subregulation (1) the following regulation:
“(1A) For the purpose of an advance voting, the date or dates on which the advance voting will be taken in the event of a contest (referred to in these Regulations as the “advance polling day”) shall be fixed not less than seven days after the day of nomination and not less than three days from the date or dates of the polling day as referred to in subregulation (1) and such date or dates of the advance voting shall be specified in the notice referred to in subregulation (1).”;
(c)
in subregulation (4), by substituting for the words “and a fresh polling day” the words “, a fresh advance polling day and a fresh polling day, as the case may be”; and
(d)
by inserting after subregulation (5) the following subregulation:
“(6)
For the purpose of subregulation (5), “a fresh date for the poll” means a fresh advance polling day or a fresh polling day, as the case may be.”.
Amendment of regulation 4 4.
Regulation 4 of the principal Regulations is amended
(a)
in subregulation (3), by deleting the words “Such nomination papers shall be submitted in triplicate.”;
P.U. (A) 113 17
(b)
by substituting for subregulation (4) the following subregulation:
“(4)
The proposer and seconder of any candidate shall be registered electors for the constituency for which the candidate seeks election.”;
(c)
in subregulation (6B), by substituting for the words “in accordance with paragraph (4)(c)” the words “in the nomination paper”; and
(d)
in subregulation (8), by deleting the words “, each set consisting of three copies of Form 4 or 4A and a copy of Form 5 or 5A, as the case may require,”.
Amendment of regulation 5 5.
Subregulation 5(3)
of the principal Regulations is amended by substituting for paragraph (b) the following paragraph:
“(b)
a candidate withdraws his candidature before ten o’clock in the forenoon on the day of nomination after a deposit was made under subregulation (1); or”.
Amendment of regulation 6 6.
Regulation 6 of the principal Regulations is amended
(a)
in subregulation (2), by substituting for the words “The nomination papers in triplicate” the words “The nomination paper”;
(b)
in subregulation (3), by deleting the words “before ten o’clock in the forenoon”; and
(c)
by deleting subregulations (4) and (5).
P.U. (A) 113 18
Amendment of regulation 6A
7.
Subregulation 6A(1) of the principal Regulations is amended by deleting the words “and one other person, if any, appointed by each candidate,”.
Amendment of regulation 7 8.
Regulation 7 of the principal Regulations is amended
(a)
by substituting for the shoulder note the following shoulder note:
“ Rejection of nomination papers ”;
(b)
by substituting for subregulation (1) the following subregulation:
“(1)
The returning officer shall reject a nomination paper of any candidate for any constituency on all or any of the following grounds:
(a)
that the nomination paper does not comply with or was not delivered in accordance with these
Regulations;
(b)
that it is apparent from the contents of the nomination paper that the candidate is not capable of being elected as a member of the Dewan Rakyat or a State Legislative Assembly; or
(c)
that the candidate is disqualified from being a member under the Federal Constitution in the case of an election to the Dewan Rakyat or of the
Constitution of the State concerned in the case of an election to a State Legislative Assembly.”;
P.U. (A) 113 19
(c)
by deleting subregulations (2) and (3); and
(d)
by substituting for subregulation (4) the following subregulation:
“(4)
The decision and the grounds in relation to the rejection of any nomination paper under subregulation (1) shall be informed by the returning officer to the candidate concerned or his proposer or seconder named in the nomination paper. Such decision and the grounds thereof shall be kept on record.”.
Amendment of regulation 8 9.
The principal Regulations are amended by substituting for regulation 8
the following regulation:
“Persons entitled to be present at nomination 8.
No person other than the returning officer, a member or officer of the Election Commission, the candidate, his proposer and seconder shall be entitled to be present at the proceedings specified in regulations 6
and 7, except at the request of and for the purpose of assisting the returning officer.”.
Amendment of regulation 9 10.
The principal Regulations are amended by substituting for regulation 9
the following regulation:
“Prohibition on withdrawal of candidature 9.
No candidate is allowed to withdraw his candidature after ten o’clock in the forenoon on the day of nomination.”.
Amendment of regulation 10 11.
Regulation 10 of the principal Regulations is amended by deleting the words “, after the determination by the returning officer of any objections which may have been lodged,”.
P.U. (A) 113 20
Amendment of regulation 11 12.
Regulation 11 of the principal Regulations is amended
(a)
in subregulation (1), by deleting the words “, after the determination by the returning officer of any objections which may have been lodged,”;
(b)
by substituting for paragraph 5(b) the following paragraph:
“(b)
the dates of the advance polling day and the polling day;”;
(c)
in subregulation (6)
(i)
in the national language text, by inserting after the words
“hari mengundi” the words “awal atau hari mengundi, mengikut mana-mana yang berkenaan,”; and
(ii)
in the English language text, by substituting for the words
“the polling day” the words “the advance polling day or the polling day, as the case may be,”; and
(d)
by deleting subregulations (7), (8), (9) and (10).
New heading and regulations 27A, 27B and 27C
13.
The principal Regulations are amended by inserting after regulation 27
the following heading and regulations:
“ADVANCE VOTING
Persons required to vote as advance voter 27A.
(1)
Any person who has registered as a Parliamentary or
State elector under the Elections (Registration of Electors)
Regulations 2002 and is
P.U. (A) 113 21
(a)
a person referred to in paragraph (a) in the definition of “absent voter” in regulation 2 of the
Elections
(Registration of Electors) Regulations 2002;
(b)
a person referred to in paragraph (b) in the definition of “absent voter” in regulation 2 of the
Elections (Registration of Electors) Regulations 2002;
(c)
a member of any police force established by any written law in force in Malaysia, other than a member of the Police Volunteer Reserve Force; or
(d)
the spouse of a serving member of the General
Operation Force, shall vote as an advance voter at an election in accordance with the procedure of voting as provided in these Regulations.
(2)
A person referred to in paragraphs (1)(a) and (c) who is unable to vote on the advance polling day may apply to vote as a postal voter in accordance with the Elections (Postal Voting)
Regulations 2003.
(3)
A person referred to in paragraphs (1)(a) and (c) whose application to vote as a postal voter has been approved in accordance with the Elections (Postal Voting) Regulations 2003 is not entitled to vote in person on the advance polling day.
P.U. (A) 113 22
Safe custody of ballot box 27B.
The ballot box containing the advance ballot papers on the conclusion of the advance voting shall be kept in the safe custody of the returning officer of the constituency in which the election is contested or in accordance with the arrangements approved by the
Election Commission until the counting of votes of advance voters on the polling day.
Counting of votes of advance voters 27C.
All provisions relating to the counting of votes in these
Regulations except regulation 25C shall apply to the counting of votes of advance voters.”.
Amendment of First Schedule 14.
The First Schedule to the principal Regulations is amended
(a)
in Form 1
(i)
in the part “WRIT OF ELECTION BY THE ELECTION
COMMISSION”, by inserting after the words “in the event of a contested election the ......................................” the words “to be the advance polling day/days and ......................................”;
and
(ii)
in the part “*RETURN OF CANDIDATE ELECTED IN
UNCONTESTED ELECTION”, by deleting the words “(or the other candidate or all the other candidates having withdrawn or ceased to be nominated for election)”;
P.U. (A) 113 23
(b)
in Form 2
(i)
in the national language text, by inserting after the words
“mana-mana Bahagian Pilihan Raya, maka” the words
“hari/hari-hari mengundi awal ialah pada
........................................... dan”; and
(ii)
in the English language text, by inserting after the words
“such Constituencies,” the words “the advance polling day/days shall be the ........................................... and the”;
(c)
in Form 2A
(i)
in the national language text, by inserting after the words
“dalam Bahagian Pilihan Raya, maka” the words “hari/hari-hari mengundi awal ialah pada ........................................... dan”;
and
(ii)
in the English language text, by inserting after the words
“this Constituency,” the words “the advance polling day/days shall be the ........................................... and the”;
(d)
in Form 3-
(i)
in paragraph 2, by deleting the words “(to be completed in triplicate)”;
(ii)
in paragraph (3), by substituting for the words “Each copy of the nomination” the word “Nomination”; and
P.U. (A) 113 24
(iii)
in paragraph 5, by substituting for the words “a poll will be taken on the ..........................................” the words “the advance polling day/days shall be on .......................................... and the polling day/days shall be on ...........................................”;
(e)
in Form 4 in the English language text, by deleting the words “In
Triplicate”;
(f)
in Form 4A, by deleting the words “In Triplicate”;
(g)
by deleting Forms 6 and 6A; and
(h)
by substituting for Form 8 the following Form:
P.U. (A) 113 25
“ ELECTIONS (CONDUCT OF ELECTIONS) REGULATIONS 1981
FORM 8
[Subregulation 11(5)]
NOTICE OF CONTESTED ELECTION
Constituency of …………………………………
NOTICE is given to the electors of the abovenamed Constituency that a poll will be taken for the election now pending for the said Constituency and that such poll will be opened on the date shown below in the following polling centres situated at the various places in the polling districts of the said Constituency between the hours shown against each polling centre.
SITUATION OF POLLING CENTRE
(ADVANCE VOTING)
Polling
District
Situation of
Polling Centre
Polling
Station
Number
Date
Polling
Hours
P.U. (A) 113 26
SITUATION OF POLLING CENTRE
And that the candidates in the said Constituency are as follows:
Candidate*
Symbol
Proposer
Seconder of which all persons are required to take notice and govern themselves accordingly.
Dated
..............................................................................
State Elections Director of ........
* The candidate’s name to be printed in the ballot paper.”.
Polling
District
Situation of
Polling Centre
Polling
Station
Number
Date
Polling
Hours
P.U. (A) 113 27
Made 25 April 2012
[SPR(R)107; PN(PU2)178E]
By order of the Election Commission
DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA
Secretary
Election Commission
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to section 17 of the Elections Act 1958]