Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012

Seksyen 4

Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda

(a)

dalam subperaturan (3), dengan memotong perkataan “Kertas penamaan itu hendaklah dikemukakan dalam tiga salinan.”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(4)

Pencadang dan penyokong mana-mana calon hendaklah merupakan pemilih berdaftar bagi bahagian pilihan raya yang baginya calon itu hendak dipilih.”;

(c)

dalam subperaturan (6B), dengan menggantikan perkataan

“mengikut perenggan (4)(c)” dengan perkataan “dalam kertas penamaan”; dan

(d)

dalam subperaturan (8), dengan memotong perkataan “, setiap set hendaklah terdiri daripada tiga salinan Borang 4 atau 4A dan satu salinan Borang 5 atau 5A, mengikut kehendak keadaan,”.

Pindaan peraturan 5

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012