Skip to content

Seksyen 12

Penggantian peraturan 42

of Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 12 of 18
Seksyen 12

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 42 dengan peraturan yang berikut:

P.U. (A) 37 6

“Pemfailan dan penyampaian dokumen dan benda 42.

(1)

Apa-apa dokumen atau benda yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Akta atau Peraturan-Peraturan ini untuk difailkan di Pejabat atau dengan

Pendaftar, hendaklah diserahkan melalui serahan tangan ke Pejabat pada waktu perniagaan biasanya atau dihantar kepada Pendaftar melalui pos.

(2)

Penghantaran melalui pos hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan mengalamatkannya dengan betul, menyediakan dan mengeposkan suatu surat yang mengandungi dokumen atau benda itu, dengan bayaran pos yang telah dijelaskan ke atasnya, kepada Pendaftar di Pejabat dan dokumen atau benda itu hendaklah disifatkan telah diterima pada masa dokumen atau benda itu sebenarnya diterima di Pejabat.

(3)

Pemfailan suatu dokumen atau benda di Pejabat hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada masa ia diterima di Pejabat dan direkodkan sebagai telah diterima.”.

Peraturan-peraturan baru 42A dan 42B