Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2012
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 6 dengan peraturan yang berikut:
“Bahasa dokumen, terjemahan dan transliterasi 6.
Jika apa-apa dokumen, sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta dan
Peraturan-Peraturan, diberi atau dihantar kepada atau difailkan dengan
Pendaftar, atau mana-mana bahagian dokumen, yang mengandungi atau terdiri daripada perkataan atau perkataan-perkataan di dalam karektor selain Roman atau di dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, ia hendaklah, kecuali jika diarah sebaliknya oleh Pendaftar, disertakan bersama—
(a)
suatu terjemahan dan, jika diperlukan, suatu transliterasi, setiap perkataan dalam bahasa Inggeris, yang disahkan atau diperakui:
yang memuaskan hati Pendaftar; dan
(b)
suatu pernyataan yang menyatakan bahasa asal setiap perkataan.”.
Pindaan peraturan 7