Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999 [P.U. (A) 351/1999], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan menggantikan peraturan 21 dengan peraturan yang berikut:
“Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar 21.
Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang berhubungan dengan setiap reka bentuk perindustrian dalam Daftar seperti yang berikut:
(a)
tarikh pendaftaran;
(b)
tarikh prioriti, jika ada, yang ditetapkan menurut suatu tuntutan kepada hak prioriti di bawah seksyen 17 Akta dan nama negara atau wilayah berkenaan;
(c)
nama, alamat dan alamat penyampaian pemunya;
(d)
nombor pendaftaran;
(e)
suatu representasi reka bentuk perindustrian;
P.U. (A) 182 3
(f)
peryataan kebaharuan yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian;
(g)
butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang melibatkan reka bentuk perindustrian di bawah seksyen 30 Akta, jika ada;
(h)
suatu catatan yang dibuat di bawah subperaturan 26(2);
(i)
tarikh reka bentuk perindustrian itu habis tempoh, luput, dibatalkan atau tidak sah;
(j)
nama ejen yang dilantik mengikut peraturan 32, alamat atau alamat penyampaiannya, jika ada; dan
(k)
apa-apa butir lain yang Pendaftar fikirkan patut untuk dicatatkan dalam Daftar.”.
Pindaan peraturan 22