Seksyen 14
of Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011
Seksyen 14
Tuan punya tidak boleh menyampaikan kepada penyewa suatu notis dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat kepada Akta menurut subseksyen 16(1) dan (1A)
Akta melainkan
(a)
jumlah bayaran ansuran tidak melebihi 75% daripada jumlah harga tunai barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli dan terdapat kemungkiran bayaran dua kali berturut-turut berhubung dengan bayaran ansuran; atau
(b)
jika jumlah bayaran ansuran adalah melebihi 75% harga keseluruhan tunai barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli dan terdapat kemungkiran bayaran dua kali berturut-turut berhubung dengan bayaran ansuran dan suatu perintah mahkamah telah diperolehi bagi maksud tersebut.