Malaysia legislation
Section 20
of PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011
Seksyen 20
(1)
Tiap-tiap ejen pemilikan semula hendaklah, berhubung dengan tiap-tiap aktiviti pemilikan semula, menyenggara dan menyimpan rekod yang lengkap dan sebenar mengenai perkara-perkara yang berikut:
(a)
rekod perintah pemilikan semula yang dikeluarkan kepada ejen pemilikan semula oleh tuan punya; dan
(b)
perihal barangan yang dimiliki semula itu.
(2)
Butiran rekod yang dirujuk dalam subperaturan (1) hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan hendaklah disenggara dan disimpan untuk tempoh 7
tahun dari tarikh pelaksanaan rekod tersebut.
(3)
Mana-mana ejen pemilikan semula yang enggan memberikan apa-apa maklumat atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan di bawah subperaturan (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Rekod mengenai ejen pemilikan semula