Skip to content

Seksyen 4

of Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011

P.U. (A)In forceProvision 3 of 23

Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang ingin memohon permit untuk menjalankan pemilikan semula barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli hendaklah memenuhi keperluan yang berikut:

(a)

telah mencapai umur dua puluh satu tahun;

(b)

seorang warganegara Malaysia;

(c)

tidak disabitkan dengan mana-mana kesalahan berdaftar di bawah Akta

Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7]; dan

(d)

apa-apa keperluan lain yang boleh ditentukan oleh Pengawal.