Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011

Seksyen 5

(1)

Suatu permohonan untuk permit hendaklah dalam Borang ASB 1 dan hendaklah dikemukakan kepada Pengawal.

P.U. (A) 192 6

(2)

Pengawal boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subperaturan (1) dan sebelum ianya ditentukan, melalui satu notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberi dokumen tambahan atau maklumat yang berkenaan sebagaimana yang Pengawal fikirkan perlu.

(3)

Jika mana-mana dokumen tambahan atau maklumat yang diperlukan di bawah subperaturan (2) tidak diperuntukkan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan di dalam notis atau apa-apa perlanjutan yang diberikan oleh Pengawal, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tetapi tanpa prejudis kepada permohonan baru dibuat oleh pemohon.

(4)

Suatu permohonan di bawah peraturan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ianya diluluskan atau ditolak.

Permit

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011