Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018
Seksyen 3
Tarikh pengemukaan tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan dan elaun pendapatan berkurangan
Tarikh pengemukaan suatu tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan atau elaun pendapatan berkurangan di bawah peraturan 2 hendaklah pada tarikh Pertubuhan mengaku terima tuntutan itu.
P.U. (A) 354 5
Pemberitahuan keputusan bagi tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan dan elaun pendapatan berkurangan 4.
(1)
Jika Pertubuhan—
(a)
telah meluluskan suatu tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan atau elaun pendapatan berkurangan di bawah perenggan 33(1)(a) Akta,
Pertubuhan hendaklah memberitahu orang berinsurans itu, secara elektronik atau selainnya, mengenai keputusannya; atau
(b)
telah menolak suatu tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan atau elaun pendapatan berkurangan di bawah subseksyen 29(2) atau 31(3), atau perenggan 33(1)(b) Akta, Pertubuhan hendaklah memberitahu orang berinsurans itu, secara elektronik atau selainnya, mengenai keputusannya bersama dengan alasan bagi penolakan.
(2)
Jika Pertubuhan telah menolak suatu tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan atau elaun pendapatan berkurangan sebagaimana yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(b), suatu tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan atau elaun pendapatan berkurangan berhubung dengan kehilangan pekerjaan yang sama tidak boleh dikemukakan semula kepada Pertubuhan melainkan jika Pertubuhan berpuas hati bahawa—
(a)
terdapat keterangan baharu mengenai suatu fakta material yang tidak dizahirkan kepada Pertubuhan atau orang berinsurans itu pada masa keputusan untuk menolak tuntutan itu dibuat; dan
(b)
pengemukaan semula tuntutan itu dibuat dalam masa enam puluh hari dari tarikh orang berinsurans itu kehilangan pekerjaannya sebagaimana yang ditentukan oleh
Pertubuhan di bawah subseksyen 29(1) Akta.
P.U. (A) 354 6
Bayaran elaun mencari pekerjaan