Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018

Seksyen 6

(1)

Orang berinsurans hendaklah memberitahu

Pertubuhan tentang penerimaannya bagi suatu tawaran pekerjaan dalam Borang SIPF 2 Jadual, secara elektronik atau selainnya, dalam masa tujuh hari dari tarikh orang berinsurans itu menerima tawaran pekerjaan itu bersama dengan apa-apa dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), jika orang berinsurans menerima tawaran pekerjaan dan melapor diri untuk bertugas dalam tempoh menunggu di bawah perenggan 35(1)(a) Akta, orang berinsurans itu hendaklah memberitahu Pertubuhan dalam Borang SIPF 2 Jadual, secara elektronik atau selainnya—

(a)

mengenai penerimaan tawaran pekerjaan itu; dan

P.U. (A) 354 7

(b)

sama ada orang berinsurans itu memilih untuk menerima elaun bekerja semula awal atau tidak, dalam masa dua hari dari tarikh orang berinsurans itu melapor diri untuk bertugas.

(3)

Apabila pemberitahuan daripada orang berinsurans di bawah subperaturan (1) atau (2) diterima dan apabila berpuas hati bahawa orang berinsurans itu telah menerima tawaran pekerjaan dan melapor diri untuk bertugas,

Pertubuhan hendaklah membayar elaun bekerja semula awal kepada orang berinsurans itu.

Bayaran elaun latihan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018