Skip to content

Seksyen 13

Penarikan balik permohonan

of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial) 2018

P.U. (A)In forceProvision 13 of 18
Seksyen 13

(1)

Pemohon boleh menarik balik permohonan yang disebut dalam peraturan 2

pada bila-bila masa sebelum Jemaah Rayuan membuat apa-apa perintah ke atas permohonan itu.

(2)

Jemaah Rayuan hendaklah memberitahu responden mengenai penarikan balik permohonan di bawah subperaturan (1).

(3)

Penarikan balik permohonan di bawah subperaturan (1) tidak menjejaskan kuasa Jemaah Rayuan untuk membuat suatu perintah berhubung dengan pembayaran kos yang ditanggung berkenaan dengan permohonan itu sehingga masa penarikan balik permohonan itu.

(4)

Jika suatu permohonan ditarik balik, tiada permohonan baharu boleh dibawa oleh pemohon berhubung dengan persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang menjadi perkara bagi permohonan yang ditarik balik sedemikian.